Cukai Pelancongan Baik Untuk Ekonomi Negara, Tidak Membebankan Rakyat


KUALA LUMPUR: Cukai pelancongan adalah perlu bagi mengembangkan lagi asas pendapatan negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata, cukai itu adalah baik dan ia tidak membebankan kerana jumlah yang dikenakan adalah kecil.

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam ekonomi, cukai ini adalah baik. Apa yang penting kini adalah menyatakannya dengan lebih jelas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada pelancaran Malaysia Economic Monitor (MEM): Data for Development yang dikeluarkan Bank Dunia di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Negara bagi Asia Tenggara Bank Dunia, Dr Ulrich Zachau dan Ahli Ekonomi Negara Kanan bagi Bank Dunia, Dr Rafael Munoz Moreno.

Scroll to top